Saturday 26 January 2013

Apa Itu Remote Administration Tool (RAT)?

Assalamualaikum.. sempena pembukaan blog ini.. Encik Ubuntu ingin menceritakn apa itu maksud RAT dan fungsi2 lain... OK jom start.. :D





Apa Itu Remote Administration Tool (RAT)?

RAT ialah kata singkatan dari Remote Administration Tool, atau kadangkala juga dikenali sebagai Remote Access Trojan. Di sini ramai yang menyalah tafsir ia sebagai perisian yang baik, sedangkan konsepnya berbeza dengan sistem Remote Administration. Kebiasaannya, RAT digunakan dalam aktiviti yang tidak sah seperti pencerobohan sistem komputer pengguna lain, dan biasanya di dalam RAT terkandung backdoor atau Trojan yang membolehkan penggodam mengawal komputer sasaran.





RAT amat sukar untuk dikesan, dan disebabkan penggodam diibaratkan mempunyai akses fizikal terhadap komputer sasaran/mangsa, penggodam tersebut boleh melakukan pelbagai perkara yang diingini seperti:

1. Memantau aktiviti pengguna.
2. Menghidupkan sistem webcam.
3. Menyebarkan virus.
4. Mengubah fail dan fail sistem.
5. Mengawal pelayar web.
6. Mencuri kata laluan dan lain-lain maklumat sulit.
7. Memadam kandungan pada cakera keras dan lain-lain.

Diagram di bawah (dari Wikipedia) menunjukkan bagaimana 'remote administrator' sebagai klien bersambung atau berhubung dengan komputer pelayan yang melakukan pelbagai fungsi:

Func   Func
   \    /    Func    Func
    [SERVER]   \    /
       |    [SERVER]
       |      /
       |     /
       |    /   Func    Func
       |   /      \     /
    [CLIENT]------[SERVER]


Terdapat Banyk RAT yg bole didapati antaranya : Turkojan,CyberGate, DarkComet, SubSeven dan lain-lain.

Tahukah anda biasanya RAT juga seperti Keylogger  yang telah digabungkan bersama fail lain seperti gambar ataupun fail arkib menggunakan Binder dan dijadikan FUD menggunakan Crypter.

Harap Entri ini memfaatkan korag semua...

Jupa lagi Entri yang selanjutnya.. :D





2 comments:

Anonymous said...

link download?cm best je tools ni :3

abglinux said...

Tunggu admin upadate yer :D

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More