Saturday 28 December 2013

Dual Booting Ubuntu 12.10 with Windows 8 preinstalled

Assalamaualaikum & Salam Sejahtera..

 Hari ini Rakan Encik Telah Membuat Toturial Cara-cara Dual Booting Ubuntu 12.10 with Windows 8 preinstalled Jom Mula 

          


[Installation]

Okay, kawan-kawan. Mari sini. Saya nak cerita macam mana saya dapat dual-boot pc ayah saya yang datang dengan UEFI BIOS....

https://help.ubuntu.com/community/UEFI

Melalaui link di atas terdapat beberapa cara untuk dual boot ubuntu dengan windows 8. Cara yang telah saya gunakan adalah seperti berikut.

Prasyarat:- Internet connection yang stabil- Windows 8 preinstalled di PC

Cara-cara dual booting Ubuntu 12.10 dengan Windows 8 preinstalled :

1) Check kalau BIOS ada secure boot function. Kalau enable, disable itu dahulu. http://pix.toile-libre.org/upload/original/1353511012.jpg

2) Check kalau ade OS yang lain dalam PC ialah dalam EFI mode atau tidak. Kalau ada OS yang lain dalam EFI mode (Windows 8 ), Ubuntu JUGA perlu di install dalam EFI mode.

3) Muat turun iso Ubuntu OS dari laman web http://www.ubuntu.com/download/desktop (Nota: 64-bit Ubuntu iso perlu digunakan kerana installer 32-bit tidak akan berfungsi dengan EFI)

4) Ubah suai setting dalam BIOS untuk menggunakan UEFI mode.

5) Pilih pilihan " Something else" dari LiveCD http://pix.toile-libre.org/upload/original/1347270713.png

6) Ubah suai partition Ubuntu dan resize partition Windows kalau perlu.

7) Install Ubuntu seperti biasa dan reboot PC setelah selesai installation.

- Namun begitu, selepas installation, sistem akan boot kepada Windows 8 semula. Mengapa? Ini disebabkan Ubuntu di install dalam legacy mode (non-EFI). Oleh sebab itu, UEFI "skip" Ubuntu dan terus masuk Windows 8.

- Jikalau Ubuntu di install dalam UFI mode, menu GRUB akan terpapar pada skrin komputer.

8 ) Sekarang, kita akan mengubah Ubuntu kepada EFI mode. Kalau Windows 8 telah di install pada PC, partition EFI telah dibuat secara automatik. Anda boleh melihat pada link dibawah untuk membuat partition EFI jika sistem anda tidak mempunyainya.

https://help.ubuntu.com/community/UEFI

9)Seterusnya, reboot PC dan "launch" LiveCD. Kali ini pilih pilihan Try Ubuntu. https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0skPeE0j78tPblsffajUGozgf7S5SABwXGEb0mnqttDMA4QD-rWQotjCD8PCSexl2f8vNqumKud4BUVD_drk-WhYNSyIjsaCTRxRxRJvGyNR0-FVSiSJQoPn4ilTlYdanWPQ7zr_-KHPX/s400/steps+by+steps+installing+ubuntu+1.png
10) Kini, check jika Ubuntu di install dalam EFI mode dengan pastinya....

Ubuntu yang di install dalam EFI mode boleh di kenalpastikan melalui:

- Dari Ubuntu yang di install/ LiveCD , buka terminal (Ctrl+Alt+T) dan taip command tersebut:

[ -d /sys/firmware/efi ] && echo "Installed in EFI mode" || echo "Installed in Legacy mode"

11) Setelah command di masukkan, anda dapat mengenalpasti bahawa Ubuntu telah di install dalam legacy mode. Sekarang, anda perlu mengubahkan Ubuntu kepada EFI mode.

12) Mengubah Ubuntu kepada EFI mode:

- Start Boot-Repair : Ikut link dibawah untuk menginstall dalam liveCD.

https://help.ubuntu.com/community/Boot-Repair

- click pada "Advanced options", pilih pada "GRUB location" tab

- http://pix.toile-libre.org/upload/original/1347272513.png

Kalau anda lihat pilihan seperti imej di link diatas, sila pilih pilihan "apply" .

13) Kini sistem akan remove GRUB yang telah di install dalam Ubuntu dan memberikan versi GRUB yang boleh menggunakan UEFI. Ikutilah arahan yang diberikan oleh apilikasi Boot-Repair dengan cermat. Setelah selesai, anda akan diminta untuk reboot semula PC.

14) Reboot PC anda dan kalau di buat dengan betul, menu GRUB akan terpapar pada skrin. Ta Da!

Setiap step yang dilakukan dalam guide ini telah di laksanakan pada PC ayah saya. Oleh sebab itu, perlu diambil tahu yang result akan berlainan antara PC. Saya juga pohon agar anda mengikut setiap "step" tersebut dengan cermat.


Cc to :  Mikhail Abbas

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More