Sunday, 27 January 2013

Apa Itu Ubuntu ?

Aslm... korag  semua harini entri yg Encik Ubuntu  nk buat ialah  Ap itu Ubuntu ??  seperti nama Encik 'Ubuntu" hehhee.. admin minat Ubuntu :D ok jom mula..







Entri ini merupakan panduan asas untuk sesiapa yang tertanya-tanya tentang apa itu Ubuntu?
Apakah yang dimaksudkan dengan Ubuntu? Sebutannya ooo-boon-too bukan youuu-boon-too..
Tak percaya? Rujuk -> How To Pronounce "Ubuntu"

Perisian Bebas atau Sumber Terbuka

Pada lewat tahun 1980-an, menjadi kebiasaan bagi peminat atau pengatur cara program komputer untuk berkongsi perisian serta kod sumbernya. Ketika itu, sistem operasi (OS) Unix banyak diguna pakai oleh industri dan akademik. Bagaimanapun, OS ini menjadi terlalu ketat dengan paten sehingga menghalang pengguna komputer bebas untuk menukar kod-kod programnya.
Richard Stallman, seorang saintis komputer melahirkan projek untuk mencipta klon kepada
OS Unix yang dipanggil GNU - akronim bagi “GNU's Not Unix” yang mana mengamalkan dasar “kebebasan perisian”. Falsafah Perisian Bebas (Free software) atau Sumber Terbuka membenarkan pengguna mendapatkan kod sumber, berkongsi dan melakukan perubahan tanpa sebarang halangan. Richard percaya konsep ini lebih menyihatkan serta lebih natural dengan sifat manusia. Perisian Bebas juga lebih fleksibel untuk disesuaikan mengikut kehendak dan keadaan pengguna.

Apa Itu Linux dan Apa Itu Kernel?

Apabila GNU berkembang, banyak aplikasi UNIX telah pun diklon dan secara praktikalnya
boleh dikatakan terdapat jumlah perisian yang mencukupi untuk dijadikan suatu OS yang
baru akan tetapi GNU kekurangan satu item penting yang dipanggil kernel.

Kernel merupakan jantung kepada mana-mana OS yang melakukan fungsi asas seperti
menjadi “orang tengah” dalam komunikasi antara perisian dan perkakasan.

Pada tahun 1991, seorang pelajar Universiti Helsinki, Linus Benedict Torvalds melakukan
projek peribadi untuk menghasilkan kernel. Kernel ini pada asalnya ingin dinamakan Freax
oleh Linus walau bagaimanapun, rakannya, Ari Lemmke yang menjaga server untuk
memuat turun kernel ini menamakan direktori Linus sebagai Linux. Sejak itu, Linux diguna
sebagai nama rasmi kernel ini. Keadaan bertambah rancak apabila Linus mengeluarkan versi kernelnya sebagai Perisian Bebas yang mana mendorong lebih banyak penyumbang kod menyertai projek ini dan seterusnya mematangkan kernel ini untuk digunakan secara massa.
Akhirnya, Linux digabungkan dengan aplikasi-aplikasi GNU menjadikannya sebuah OS
yang lengkap yang dipanggil GNU/Linux. Tetapi ramai pengguna komputer berasa
janggal memanggilnya GNU/Linux kerana tulisannya yang panjang serta pelik dari segi
bunyi. Maka kebanyakkan orang hanya menyebutnya Linux.

Apa Itu Distribution?

Oleh sebab, Linux bersifat bebas maka sesiapa sahaja boleh menyunting kod-kodnya dan menghasilkan OS baru berasaskan Linux. Ini menyebabkan pelbagai variasi Linux wujud diluar sana. Variasi-variasi inilah yang disebut sebagai distribution atau dalam singkatannya sebagai distro. Antara distro Linux yang terkenal termasuklah Ubuntu, Debian, Red Hat, Fedora, openSUSE dan pelbagai lagi.

Apa Itu Ubuntu?

Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi Linux yang paling popular di kalangan pengguna desktop. Pertama kali dikeluarkan pada 20 Oktober 2004. Ia menekankan pada kepenggunaan dan keselamatan. Ubuntu diasaskan oleh Mark Shuttleworth, seorang ahli perniagaan dari Afrika Selatan. Perkataan Ubuntu berasal dari puak Zulu, Afrika yang bermaksud “kemanusiaan kepada yang lain” atau “humanity towards others”.

Sokongan

Ubuntu mendapat sokongan pembangunannya dari syarikat Canonical Ltd. dan juga ahli komunitinya yang ramai. Ubuntu juga akan mengeluarkan versi baru setiap enam (6) bulan iaitu pada bulan April dan Oktober tiap-tiap tahun. Kemaskini dan naik taraf Ubuntu adalah percuma. Terdapat dua jenis sokongan bagi versi Ubuntu iaitu versi Long Term Support (LTS) dan bukan LTS.

Versi dan Tempoh Sokongan

Long Term Support (LTS) ---> Tiga (3) tahun untuk Desktop Edition, Lima (5) tahun untuk Server Edition.
Biasa atau bukan LTS ---> 18 bulan untuk Desktop Edition dan Server Edition.

Versi Keluaran

Ubuntu versi baru akan dikeluarkan pada setiap enam (6) bulan yang mana nombor versi itu dipilih mengikut tahun dan bulan ia dikeluarkan. Ia juga akan menggunakan nama kod (codename) bagi setiap versinya. Nama ini dipilih dalam dua perkataan dan menggunakan huruf permulaan yang serupa pada kedua-dua perkataan.

Keperluan Minimum Ubuntu

Sebelum anda melakukan proses pemasangan Ubuntu, pastikan komputer anda mempunyai spesifikasi minimum seperti :

CPU 700 MHz
RAM 256 MB
Ruang Cakera Keras 4 GB


SUMBER/KREDIT : Buku Panduan Asas Ubuntu 10.04 LTS Desktop Edition


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More